Anda dialu-dialukan menggunakan perkhidmatan ini sekiranya anda mempunyai sebarang aduan integriti mengenai Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia seperti salah laku kakitangan, kelemahan sistem dan prosedur kerja, perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa/ penyelewengan. Aduan anda akan membantu kami untuk meningkatkan profesionalisme, kecekapan dan tadbir urus di Jabatan kami.
You are welcome to use this service if you have any complaints against the Department of Irrigation and Drainage Malaysia in connection with misconduct of staffs, weaknesses of the systems and procedures, act of corruption and abuse of power/embezzlement. Your complaint will assist us to enhance our professionalism, effectiveness and improve good governance in the Department delivery system.
Maklumat Pengadu/Complainant Details:
Maklumat Aduan/Complaint Details:
Rasuah
Perbuatan memberi, meminta dan menerima suapan (wang, derma, hadiah, pinjaman, seks, fi, diskaun, rebat, komisen, bonus, barang berharga, aset dan sebagainya) atau mengemukakan dan/atau memperakukan tuntutan perbelanjaan palsu
Salah laku
Perbuatan tidak beretika, tidak berdisiplin, berniaga tanpa kebenaran, pakaian tidak senonoh, dadah, gangguan seksual, menyenggara kehidupan melebihi emolumen, keberhutangan serius, ponteng kerja dan sebagainya. (Perkara 4-23: Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993)
Salah guna kuasa/ Penyelewengan
i.Perbuatan memalsukan dokumen/maklumat, pecah amanah jenayah, menipu, menyamar dan bersubahat melakukan kesalahan di atas.
ii. Menggunakan pangkat, kedudukan, jawatan dimana dia mendapat faedah yang melibatkan diri sendiri dan ahli keluarganya.
Kelemahan sistem dan prosedur kerja
Perbuatan melambat-lambatkan proses permohonan permit/lesen, tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan, pengurusan fail dan rekod yang lemah, kelambatan mengambil tindakan awal ke atas aduan-aduan awam dan lain-lain.