Revolusi IT dalam Pejabat Reka Bentuk
Kali Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 12 Disember 2012 16:47
|
Penghitungan dan Analisis Kejuruteraan Pejabat Reka Bentuk di Ibu pejabat JPS menjalankan penghitungan dan analisis kejuruteraan dalam mereka bentuk Projek Pengairan dan Saliran. Pada tahun-tahun awal, pembaris gelongsor dan sempoa digunakan untuk melakukan penghitungan. Kemudian datang kalkulator guna khas yang sangat besar; mula-mula yang ditempatkan dalam selongsong kotak kayu, selepas itu yang berkotak keluli. |
|
![]() |
![]() |
|
Kalkulator asas VICTOR |
|
![]() |
![]() |
|
Kalkulator terus berkembang dengan fungsi ingatan seperti kalkulator CASIO ini. |
Seterusnya Kalkulator Saintifik seperti Kalkulator Saintifik Hewleter Packard (HP) ini dengan ciri-ciri Eksponen dan Logaritma |
![]() |
Pada bulan Mac 1985, JICA (Agensi Kerjasama Jepun Antarabangsa) menghadiahi JPS dengan Komputer Poket Boleh Atur Cara yang pertama, Model SHARP PC1500. Aksesorinya termasukkan tapak dok dengan pencetak terma. |
|
Sebilangan atur cara pendek telah ditulis di dalam pejabat dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan BASIC misalnya
|
|
|
Bermulanya zaman IT dalam JPS Komputer peribadi yang pertama tampil julung-julung kalinya di JPS dalam Pejabat Reka Bentuk pada bulan Disember 1983.
|
|
|
Antara atur cara yang ditulis secara dalaman untuk membantu penghitungan reka bentuk dan analisis ialah:
Komputer Peribadi meja kedua diperoleh pada bulan April 1985 ialah FUJITSU dengan pemproses 8088 dan disertakan dengan monitor warna Fujitsu. OS adalah CP/M-86 yang berfungsi dengan Sistem Pengoperasian Micro 16S. Atur cara yang digunakan terdahulu telah diubah suai dan ditukar kepada FBasic. PC yang berikutnya menggunakan pemproses bersama matematik 80286 dan 80287 Intel, sehinggalah pemproses Pentium yang terkini pada hari ini. Pembelian komputer utama selepas PC yang kedua dalam JPS telah dibuat pada bulan April 1988 dengan kontrak tender perolehan PC "Commodore" dan persisian lain, terutamanya untuk tujuan CAD. |
|
|
Lukisan Pelan |
|
|
|
|
![]() |
Pemprosesan Kata
Mesin Pemprosesan Kata tertuju khas sepenuhnya yang pertama, Sistem Automasi Pejabat Model NBI System 8 telah dibeli oleh Ibu Pejabat JPS pada tahun 1980. Ia terdiri daripada satu ICU (Unit Kawalan Bersepadu) NBI Model 8 dan dihubungkan kepada 7 terminal dami (stesen kerja NBI OASys MODII) dan 1 Pencetak di dalam bangunan ibu pejabat. Media storan yang digunakan ialah cakera liut 8". Cakera liut yang ada ialah NBI Sisi Tunggal, Ketumpatan Tunggal dan juga Sisi Berganda, Ketumpatan Berganda. Selepas itu dengan pengenalan Komputer Peribadi dan WordStar sebagai perisian pemprosesan kata yang popular, mesin pemproses kata tertuju khas ini tidak lama kemudian dihentikan secara berperingkat-peringkat dan menjadi usang. |
|
|
|
|
Pangkalan Data |
|
|
|
|
|
Laman |
|
|
|
|
|
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN) |
|
|
|
|
|
E-mel |
|
|
Pelayan E-mel yang digunakan adalah kepunyaan Kementerian Pertanian (@pop.moa.my dan @smtp.moa.my). Pada bulan Ogos 2001, JPS menubuhkan pelayan e-melnya sendiri (@did.moa.my). Menjelang tahun 2004, semua akaun e-mel telah ditukar kepada sambungan baru "@water.gov.my". |
|
|
|
|
|
Kelahiran Bahagian IT di JPS |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 1992, Unit MIS (Unit Sistem Maklumat Pengurusan) telah ditubuhkan di dalam Bahagian Perancangan dan Dasar di Ibu Pejabat JPS. Pengarah Bahagian Perancangan & Dasar pada waktu itu ialah Ir. Keizrul bin Abdullah, dan Ketua Unit MIS ialah Ir. Ng Chau Chen sebagai Ketua Unit MIS yang pertama, diikuti oleh Ir. Cho Heng Yuen. Unit MIS kemudiannya telah dinamakan semula sebagai Unit IT, yang diketuai oleh Ir. Ong Siew Heng dan pada 1 Mac 1997 oleh Ir. Rozaini Abdullah. |
|
|
|
|
|
Pada 1 Januari 1998, Unit IT berpecah dari Bahagian Perancangan & Dasar untuk menubuhkan Bahagian IT (Bahagian Teknologi Maklumat) dengan Pengarah IT yang pertama Ir. Rozaini bte Abdullah. Pada 1 Januari 2002 sempena Ulang Tahun JPS yang ke-70, tenaga kerjanya terdiri daripada 9 orang kakitangan teknikal, namun begitu, Bahagian IT masih belum diiktiraf secara rasmi oleh JPA pada waktu itu. Bahagian Teknologi Maklumat yang ada sekarang telah dibentuk secara rasminya pada 1 September 2005 hasil daripada rancangan penyusunan semula JPS yang besar. Sejumlah 22 jawatan telah diperuntukkan oleh JPA dan ia sekarang diketuai oleh Puan Norizan Binti Harun pengarah yang ke-tiga daripada Perkhidmatan Teknologi Maklumat (Skim-F). |
|






















Hari Ini
Bulan Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari




