Projek
Kali Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 26 Mac 2013 16:26
1. RANCANGAN RAMALAN DAN SISTEM AMARAN BANJIR
Sistem Ramalan dan Amaran Banjir Bersepadu Lembah Kelang(IFFRM)
Projek Sistem Ramalan dan Amaran Banjir Bersepadu Lembah Kelang (IFFRM) adalah projek yang mengintegrasikan Model Sistem Ramalan Banjir dan memantau isu sumber air yang berkaitan seperti kualiti air, kemarau dan banjir lumpur. Lembangan Sungai Klang dipilih berdasarkan lembangan sungai yang pertama mengimplementasikan konsep ini kerana Lembah Klang merupakan kawasan pembangunan yang paling pesat di dalam negara ini. Kuala Lumpur, bandaraya yang mempunyai jumlah populasi sebanyak 4 juta mengalami kekerapan kejadian banjir setiap tahun dan kesemuanya belaku di Lembah Klang. Disebabkan itu, 88 stesen hidrologi dibina di sekitar Lembangan Sg Klang bertujuan untuk merekod dan memantau banjir, aras air, ‘soil mosture’, kualiti air, aliran air dan cuaca (menggunakan stesen kajicuaca). Data-data yang direkod ini kemudiannya akan digunakan sebagai input untuk membangunkan model ramalan banjir supaya model yang dibangunkan lebih efisien dan tepat untuk dimaklumkan kepada agensi yang berkenaan seperti JPS Kuala Lumpur, JPS Selangor, DBKL, Penguasa Tempatan , operator empangan dan pihak media. Dengan maklumat tersebut, agensi-agensi dapat membuat keputusan dan persediaan dalam menghadapi kejadian banjir sekaligus mengurangkan kesan banjir pada kawasan banjir.
Bilik kawalan Projek IFFRM
2. KAJIAN SUMBER AIR
i) Kajian Sumber Air Bersepadu Untuk Wilayah Utara Semenanjung Malaysia
Wilayah utara Semenanjung yang terdiri daripada Perlis, Kedah dan Pulau Pinang adalah kawasan penting untuk pertanian terutamanya penanaman padi. Skim Pengairan Muda yang dikenali sebagai jelapang padi Malaysia dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang secara bersama menghasilkan lebih daripada separuh pengeluaran beras negara. Walau bagaimanapun, kawasan ini menghadapi masalah sumber air dalam beberapa dekad yang lalu disebabkan oleh keberubahan curahan hujan dan permintaan air yang meningkat akibat pembangunan ekonomi sosial yang pesat. Penanaman padi telah ditinggalkan atau terlewat pada tahun 1977, 1978, 1982, 1991 dan 1998 dalam Skim Muda akibat kekurangan air. Bekalan air domestik dan industri di kawasan telah diganggu disebabkan oleh kekangan ketersediaan sumber air.
JPS ialah agensi kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap hidrologi dan fungsi ramalan banjir. JPS membina ribuan stesen hidrologi di seluruh negara dan menyelenggara pangkalan data kebangsaan bagi hidrologi. Kebolehpercayaan mana-mana kajian sumber air akan memerlukan data hidrologi yang mencukupi, dari segi kuantiti dan kualiti. Oleh itu adalah amat mustahak untuk membangunkan pangkalan data hidrologi dengan set data tepat yang lengkap. Pangkalan data yang dibina dengan cara sedemikian hendaklah digunakan untuk mengemas kini dan memperbaiki kajian sumber air lalu.
Skop kajian adalah untuk mengkaji semula dan mengemas kini ketersediaan sumber air, permintaan air dan status kualiti air untuk kawasan kajian menggunakan pangkalan data JPS dan pengumpulan data lapangan tambahan, untuk mengkaji dan dicadangkan pembaikan rangkaian hidrologi dalam kajian kawasan untuk pembangunan dan pengurusan sumber air yang optimum, untuk mengkaji semula ketersauran dan jadual pelaksanaan bagi projek sumber air dicadangkan di bawah NWRS (EPU 2000) di dalam kawasan kajian dan mencadangkan kawasan yang perlu dipelihara dan ditahan daripada apa-apa projek pembangunan untuk sumber air yang mampan.
ii) Laman Sesawang Pemantauan Kemarau
Program Pemantauan kemarau telah dimulakan pada tahun 2001.Program ini bertujuan untuk penyebaran maklumat melalui status sumber dalam talian.Ia juga digunakan untuk meramal kejadian kemarau. Maklumat dari laman layar ini juga digunakan untuk membantu dalam nasihat teknikal mengenai status kemarau. Kerjasama erat diantara status sumber air dan jumlah hujan semasa telah dikenalpasti. Oleh itu dalam program ini data hujan dari 41 stesen terpilih digunakan untuk membuat analisis status sumber air di Semenanjung Malaysia. Peratus sisihan piawai daripada nilai purata jangka panjang(LTM) bagi pergerakan jumlah hujan 3 bulan digunakan sebagai petunjuk kepada keadaan kawasan tadahan air. Nilai sisihan yang negatif daripada Purata Jangka Panjang(LTM) menunjukkan bahawa kawasan tertentu mengalami keadaan kering berbanding keadaan normal dan sebaliknya. Secara umum, sekiranya kawasan tadahan menerima hujan kurang 60% daripada nilai purata jangka panjang secara berturut-turut selama 3 bulan dan lebih maka, adalah dijangka bahawa sumber air bagi kawasan tadahan tersebut terjejas. Maka dengan itu adalah diharapkan agar program pemantauan kemarau secara bulanan ini dapat memberi amaran awal terhadap masalah kekurangan air bagi kawasan tersebut.
















Hari Ini
Bulan Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari




