JPS Logo

Pengurusan Sumber Air & Hidrologi - Aktiviti

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

 

1.

Pembangunan, O&M bagi jaringan hidrologi

Membangun, mengeluar dan menguji peralatan atau sistem hidrologi untuk disesuaikan dengan keadaan tempatan. Menyediakan perkhidmatan sokongan dalam bidang peralatan hidrologi. Menggunakan peralatan berkaitan dalam skim pengairan dan saliran utama. Menyediakan latihan berterusan berkaitan penyelenggaraan  peralatan hidrologi serta kelengkapan telemetrik.

 

 

2.

Mengumpul, memproses, mengarkib dan menyalur data serta maklumat hidrologi

Menyelaras aktiviti hidrologi yang dijalankan oleh pejabat-pejabat yang bertanggungjawab terhadap operasi dan penyelenggaraan stesen serta pengumpulan data lapangan. Mengumpul, memproses, menyimpan dan menyalur data hidrologi untuk perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air. Menerbitkan data hidrologi secara berkala untuk pelanggan dalaman dan luaran. Menyertai aktiviti serantau dan sejagat anjuran "World Meteorology Organisation" (WMO) yang berkaitan dengan pengoperasian hidrologi.

 

 

3.

Analisis data hidrologi

Bekerjasama dengan Program Hidrologi Antarabangsa UNESCO (IHP - International Hydrological Programme) untuk kemajuan penyelidikan dan teknologi hidrologi dan sumber air bagi manfaat negara. Menjalankan penyelidikan hidrologi untuk memahami proses dan ciri-ciri hidrologi yang khusus. Menjalankan penilaian sumber air yang asas dan berterusan.

 

 

4.

Ramalan dan amaran banjir serta kemarau

Melaksanakan pemantauan, ramalan dan amaran awal banjir dan kemarau untuk lembangan sungai utama. Memantau dan menilai kejadian banjir dan kemarau di lembangan sungai utama bagi mencapai pengurusan sumber air yang mapan. Memberi khidmat nasihat tentang penggunaan hidrologi. Mengkaji semula, membangun, mengemas kini dan menyalurkan tatacara hidrologi kepada pengguna akhir. Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan bencana banjir dan kemarau di bawah naungan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) seperti Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi rantau Asia dan Pasific (ESCAP), WMO, Jawatankuasa Taufan Antarabangsa dan International Decade for Natural Disaster Reduction (IDNDR).



 

myGovernment NRE MSC PEMUDAH PCB 1Malaysia