Pelan Induk Saliran Mesra Alam
Kali Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 27 Jun 2012 11:34
Tujuan
Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam adalah untuk meminimakan impak perbandaran ke atas air larian hujan agar mencapai keseimbangan dalam segi sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam mewujudkan pembangunan yang lestari dan mampan. Beberapa langkah seperti tersenarai di bawah perlu diambil dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut. Antaranya ialah:-
-
Merancang penyelesaian jangka panjang berkenaan pengurusan masalah banjir, sistem saliran dan air larian hujan dalam kawasan perbandaran sediada bagi mengurangkan impak banjir ke atas penduduk dan harta benda.
-
Mengoptimakan keberkesanan infrastruktur saliran mesra alam sediada dalam kawasan kajian dengan menyediakan prasarana-prasarana dan penyelenggaraan yang diperlukan.
-
Kawalan limpahan kelodak ke dalam sistem saliran sediada dengan pengurusan aktiviti seperti pembinaan, pembukaan tanah dan hakisan tebing dalam kawasan tadahan dengan mengaplikasikan kawalan dipunca.
-
Kawalan kualiti air dari sumber pencemaran tidak tertumpu(non-point source)
-
Mengoptimakan penggunaan air larian hujan sebagai sumber air alternatif bagi mengurangkan permintaan air terawat.
-
Melindungi dan mengindahkan ekosistem semulajadi.
Senarai Kajian Pelan Induk
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang, Selangor
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sg. Buloh, Selangor
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sg. Besi, W.P. Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kajang, Selangor
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Ipoh, Perak
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Parit Buntar dan Bagan Serai, Perak
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Manjung, Sitiawan dan Lumut, Perak
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kangar, Arau dan Padang Besar, Perlis
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Tanah Merah, Kelantan
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Pasir Mas, Kelantan
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Dungun, Terengganu
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Kuantan, Pahang
- Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Pasir Gudang, Johor
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandaraya Miri, Sarawak
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Menggatal, Tuaran dan Telipok, Sabah
- Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Tawau, Sabah















Hari Ini
Bulan Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari




