JPS Logo

Pengurusan Banjir - Program dan Aktiviti - Pengurusan Banjir di Malaysia

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Indeks Artikel
Pengurusan Banjir - Program dan Aktiviti
Pengurusan Banjir di Malaysia
Langkah Bukan Struktur
Pengurusan Banjir Bersepadu
Semua Halaman

Pengurusan Banjir

Pendekatan

 

Pada mulanya, pengurusan banjir tertumpu kepada keperluan mendesak seperti melaksanakan bantuan banjir dan melaksanakan projek-projek tebatan banjir untuk menangani masalah disebabkan pembangunan yang pesat.

 

Kaedah bukan struktur diperkenalkan seperti Manual Saliran Mesra Alam. Sejak 2001, manual ini merupakan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar.

 

Sejak alaf baru, JPS telah mengambilkira pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan-struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.


Pertubuhan dan Tindakan Bencana Banjir

 

Pada tahun 1972, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Bencana Pusat dimana fungsinya adalah untuk menyelaraskan operasi bantuan banjir diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah dengan maksud mencegah kehilangan nyawa dan mengurangkan kerosakan akibat banjir. JPS merupakan ahli jawatankuasa dan pertubuhan ini adalah berdasarkan Prosedur No.29 yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Selain itu, JPS juga menerbitkan Pekeliling No.2/2003-"Guidelines for Management of Flood Disaster during the Monsoon Season and Flash Floods" bagi menyelaraskan persediaan operasi banjir di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.


Langkah-langkah struktur

langkah struktur

Projek Mega Tebatan Banjir yang telah siap: (Hanya Terdapat Dalam Versi Bahasa Inggeris)


SMART - 'Stormwater Management and Road Tunnel


Batu Jinjang Ponds & Related Diversions Project


Sungai Muda Flood Mitigation Project


Sungai Perai Flood Mitigation Project


Multimedia Super Corridor (MSC) Flood Mitigation Project


Bertam - Kepala Batas Flood Mitigation Project




 

myGovernment NRE MSC PEMUDAH PCB 1Malaysia