Pengurusan Banjir - Program dan Aktiviti
Kali Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 08 Mac 2013 11:03
| Indeks Artikel |
|---|
| Pengurusan Banjir - Program dan Aktiviti |
| Pengurusan Banjir di Malaysia |
| Langkah Bukan Struktur |
| Pengurusan Banjir Bersepadu |
| Semua Halaman |
Definisi Banjir
Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang, dan halangan pada saluran.
![]() |
Jenis dan Sifat Banjir
Tidak terdapat kategori khusus bagi banjir di Malaysia tetapi sering dikategorikan sebagai bermusim, banjir kilat atau banjir pasang surut. Selain itu, banjir juga digambarkan berdasarkan lokasi, ciri-ciri, sebab berlaku, masa ketika banjir berlaku dan tempohnya.
Punca-punca Banjir
- Punca-punca semulajadi: Singkat, keamatan tinggi menyebabkan banjir kilat, hujan lebat menyebabkan tanah bertakung
- Aktiviti Manusia: Pembuangan sisa pepejal kedalam sungai, enapan dari pembukaan tanah dan kawasan pembinaan, peningkatan dalam kawasan tidak telap dan halangan di dalam sungai
Kawasan Mudah Banjir di Malaysia
![]() |
![]() |
Kesan-kesan Banjir
- Positf: Mengekalkan, memperkaya dan mengembalikan biodiversiti tertentu di dataran banjir, mengembalikan keadaan tanah yang kaya nutrisi dimana ia sesuai untuk pertanian dan tumbuhan semula jadi, membersihkan lumpur dan juga enapan dari kawasan banjir, serta mengisi semula air bumi
- Negatif: Mengancam nyawa, mengganggu kegiatan sosial dan ekonomi dan memusnahkan harta benda, menyebabkan kesulitan dan kos pemulihan boleh menjadi tinggi buat kerajaan ataupun individu, dan menghalang pelaburan baru di kawasan mudah banjir
Anggaran Kerosakan mengikut negeri
![]() |
![]() |



















Hari Ini
Bulan Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari




