JPS Logo

Empangan Old Repas

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

 

 Active Image

Empangan ini adalah salah satu daripada tiga empangan yang direka bentuk dan dibina oleh JPS pada tahun 1925 sebagai sebahagian daripada skim penahanan amang untuk kawasan Bentong. Ia terletak kira-kira 14km dari pekan Bentong di jalan Bentong-Raub. Sebelum skim ini, kelodak dan amang dari lombong bijih timah di bukit-bukit Bentong mengalir turun ke anak-anak sungai Repas, Leboh dan Perting, menyumbat sungai sehingga pekan Bentong dibanjiri selepas hujan yang lebat. 

Empangan ini terdiri dari satu benteng timbusan tanah dan satu struktur salur masuk alur limpahan kotak. Struktur alur masuknya telah ditinggikan beberapa kali selepas pembinaan kerana aras air di hulu meningkat berterusan pada kadar yang pantas akibat aktiviti perlombongan.

Walau bagaimanapun menjelang tahun lima puluhan, masalah hakisan dan peresapan yang serius timbul di empangan ini dan rancangan untuk menaikkan salur masuk alur limpahnya kepada aras reka bentuknya terpaksa ditinggalkan. Sebaliknya pembinaan empangan baru di lokasi yang lebih sesuai di hilir telah dirancang. Maka empangan Repas Baru telah dibina pada awal tahun enam puluhan kira-kira 610m di hilir empangan Repas Lama.

 

 Latarbelakang Projek
Lokasi Tahun Siap Tahun Pembinaan Kos Projek
Bentong, Pahang 1925 Tiada Maklumat
Tiada Maklumat

 

 Maklumat Struktur
Luas Muka
Kapasiti
Kawasan Tadahan
Tinggi
Tiada Maklumat  0.0 Mm³ 10.0 Km² 13.40 m
Panjang Puncak  Bahan Struktur
Aras Puncak Jenis Alur Limpah
210 m Tanah 143.29 m 'Six compartments vertical shaft'

 

Link to JPS Pahang  

 

myGovernment NRE MSC PEMUDAH PCB 1Malaysia