JPS Logo

Empangan Gopeng

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Empangan Gopeng telah dibina pada tahun 1961 sebagai empangan penahanan kelodak. Terletak 600m dari bandar Gopeng di Negeri Perak di bahagian hulu Sungai Gopeng yang melintang lebih kurang di sebelah Timur Laut bandar itu dan memotong jalan utama Selatan Utara di hilirnya. Sungai Gopeng ialah cabang Sungai Kinta yang mengalir ke dalam Sungai Perak

 Active Image

Empangan mempunyai keluasan tadahan 10.6 km persegi dan kapasiti penahanan kelodak maksimum 38,000m padu. Ia direka bentuk terutamanya untuk menahan bahan terhakis dari kawasan bekas perlombongan bijih timah dalam kawasan tadahan itu untuk mencegah pengelodakan di hilir Sungai Gopeng yang akan menyebabkan banjir yang memudaratkan bandar Gopeng dan kampung-kampung di sekitarnya.

Empangan Gopeng terdiri daripada satu benteng isian hidraulik, satu alur limpah aci dan satu alur limpah tambahan.

 
Pautan ke JPS Perak  

 

myGovernment NRE MSC PEMUDAH PCB 1Malaysia