JPS Logo
JPS Banner JPS Banner JPS Banner JPS Banner JPS Banner JPS Banner JPS Banner

Struktur Lapis Lindung

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Fungsi utama struktur lapis lindung adalah untuk mengawal persisiran pantai daripada terus terhakis. Struktur ini adalah fleksibel dan pada kebiasaannya terdiri dari batu-batu atau daripada blok-blok konkrit. struktur ini boleh dikategorikan sebagai struktur yang ringan dan amat sesuai dikawasan ombak yang besar. Struktur lapis lindung ini yang dibina dengan sempurna adalah struktur yang dapat bertahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang kurang. Kebanyakkan lapis lindung yang diperbuat daripada blok-blik konkrit bergantung kepada kebolehan untuk saling mengunci diantara satu sama lain untuk kestabilan. Ruang-ruang celahan batu (lubang-lubang) diantara unit-unit batu mempercepatkan resapan air di atas permukaan struktur tersebut dan dapat mengurangkan kenaikan ombak (wave runuo). Walaubagaimanapun struktur ini telah dikenal pasti oleh JPS, dimana jika struktur ini dibina di kawasan pantai yang berpasir, kawasan hadapan struktur tersebut akan semakin menjadi bercerun.

  

 

Pada tahun 1987, JPS telah memperkenalkan struktur baru yang dipermudahkan dengan nama unit 'H' atau Sauh sebagai struktur lapis lindung konkrit untuk perlindungan tebing dan ban pantai, struktur ini bersifat ringan serta mudah mengunci sesama sendiri. Struktur ini juga dapat berada dalam keadaan yang begitu baik dikawasan tanah yang mudah menggelongsor dan lemah seperti pantai di Selangor. Di Sungai Burong, Sauh telah digunakan sebagai kombinasi komponen biologi yang pertama digunakan bersama-sama penanaman semula bakau.

 

 

 

             

 Lapis Lindung Basalton, Melaka

 

 

Lapis Lindung Batu, Kedah

 

 

Lapis Lindung Flex-Slab, Pulau Tioman

 

                       
SAUH, Selangor

 

 

 

myGovernment NRE MSC PEMUDAH PCB 1Malaysia