Pengurusan Maklumat
Kali Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 11 September 2012 11:02
Objektif
Untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan JPS dalam pentadbiran dan pengurusan maklumat melalui penggunaan teknologi maklumat yang inovatif.
Fungsi
1. Perancangan ICT dalam JPS dan pengurusan Bahagian ICT
-
Pembangunan Bahagian dan Pelan Strategik ICT
-
Sekretariat untuk pelbagai jawatankuasa pemandu ICT
-
Pengurusan perolehan perkakasan, perisian dan perkhidmatan ICT
-
Pembudayaan ICT dalam JPS melalui latihan, program kualiti dan sebagainya.
-
Pematuhan kepada tatacara dan pekeliling ICT.
-
Pengurusan pentadbiran dan kewangan / perbelanjaan bahagian
2. Pengurusan pengendalian dan sokongan teknikal ICT
-
Pengurusan Pusat Data dan pelayan
-
Pentadbiran Sistem dan Pangkalan Data
-
Pengurusan sistem e-mel
-
Pengurusan rangkaian
-
Pengurusan keselamatan ICT
-
Sokongan teknikal dan meja bantuan
-
Pengurusan inventori perkakasan dan perisian
3. Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi
-
Pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi (dalam organisasi dan sumber luar)
-
Mengeluarkan Sistem Aplikasi kepada pejabat negeri / bahagian
-
Pembangunan dan penyelenggaraan Tapak Web dan Intranet JPS
-
Pembangunan perisian persembahan dan Multimedia
-
Menyokong pelaksanaan Sistem Kerajaan Elektronik
Piagam Pelanggan
Kami warga Bahagian Teknologi Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berazam akan memberi komitmen-komitmen berikut:
-
Memberi layanan khidmat ICT yang cekap dan saksama kepada pelanggan teknologi maklumat
-
Menyedia dan menyelenggara sistem aplikasi mengikut spesikasi dan jadual pelaksanaan yang dipersetujui bersama
-
Memastikan prasarana dan maklumat ICT sentiasa berada pada tahap 100% selamat.
-
Memastikan perkhidmatan ICT sentiasa beroperasi dengan sekurang-kurangnya 95% uptime.
-
Memberi respon kepada aduan teknikal melalui meja bantuan dalam tempoh satu hari.
-
Memproses permohonan projek-projek ICT untuk mendapat kelulusan di Jawatankuasa Pemandu ICT dalam masa 3 bulan di peringkat Jabatan.
-
Mengurus penilaian teknikal perolehan peralatan ICT dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan bagi proses tender dan tidak melebihi 1 bulan bagi proses sebut harga.
-
Memastikan laman web utama dan laman intranet JPS sentiasa dikemas kini setiap minggu.
-
Menyediakan khidmat nasihat ICT dalam masa 2 hari dari permintaan diterima.
-
Membudayakan ICT di JPS dengan mengkaji keperluan dan mengesyor latihan-latihan yang bersesuaian mengikut keperluan.
Carta Organisasi
![]() |
|
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar.
|
















Hari Ini
Bulan Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari




