Bahagian Pembangunan Modal Insan
Kali Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 14 Mac 2011 12:47
Objektif
Objektif BPMI adalah melahirkan warga kerja yang kompeten melalui latihan yang sistematik dan berkesan.
Fungsi
-
Membangunkan kompetensi warga kerja melalui latihan yang disokong oleh infrastruktur dan kemudahan yang terbaik.
-
Meningkatkan kompetensi melalui pendedahan kepada teknologi terkini dan amalan terbaik.
-
Memantapkan kompetensi melalui program kemajuan kerjaya yang berkesan.
-
Menilai kompetensi bagi membantu proses pengesahan, kenaikan pangkat dan pengiktirafan warga kerja.
-
Melaksanakan program latihan antarabangsa bagi Negara membangun.
Piagam Pelanggan
-
Menyebarkan maklumat kursus berjadual sebelum Januari setiap tahun.
-
Memastikan keputusan permohonan kursus bagi calon yang berjaya dimaklumkan dua minggu sebelum tarikh kursus.
-
Melaksanakan kursus Induksi dan peperiksaan Jabatan bagi tujuan pengesahan ke dalam jawatan sekurang-kurangnya sekali setahun.
-
Melaksanakan peperiksaan khas Jabatan sekali setahun.
-
Melaksanakan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
-
Memastikan setiap kakitangan diberi latihan sekurang - kurangnya 7 hari dalam setahun.
-
Memastikan sekurang-kurangnya 90% kursus-kursus yang berjadual dilaksanakan.
-
Membantu sekurang-kurangnya 8 orang pegawai mendapatkan peluang untuk meningkatkan kerjaya ke peringkat lebih tinggi dalam bidang pakar dan profesional dalam setahun.
Carta Organisasi
![]() |
|
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar
|
![]() |
|
*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar
|



















Hari Ini
Bulan Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari




