JPS Logo
JPS Banner JPS Banner JPS Banner JPS Banner JPS Banner JPS Banner JPS Banner

Rekabentuk dan Empangan

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Latar Belakang

 

Asal usul Bahagian Rekabentuk dan Empangan bermula dengan Cawangan Rekabentuk. Nama cawangan telah ditukar kepada Cawangan Struktur dan Geoteknik pada tahun 1993. Selaras dengan penyusunan semula jabatan, Bahagian Khidmat Pakar telah ditubuhkan mengganti Cawangan Struktur dan Geoteknik pada tahun 1994. Pada masa yang sama, fungsi Bahagian Khidmat Pakar telah diperkuatkan lagi dengan kemasukkan Unit Pengesanan Empangan.

Pada akhir tahun 2005, selepas penyusunan semula organisasi JPS, nama bahagian ini sekali lagi ditukar kepada Bahagian Struktur, Geoteknik dan Empangan (BSGE).Selaras dengan pengstrukturan jabatan pada 1 Ogos 2009 pula, Bahagian Rekabentuk dan Empangan telah dibentuk bagi menggantikan Bahagian Struktur, Geoteknik dan Empangan. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah dan terdiri dari tiga seksyen iaitu Seksyen Rekabentuk, Seksyen Pakar dan Seksyen Empangan.

 

 

 

Objektif

1. Memberi perkhidmatan dalam bidang rekabentuk terperinci, kepakaran kejuruteraan struktur, geoteknik dan hidraulik, pembangunan dan pengurusan keselamatan empangan, teknologi bahan binaan dan produk pemeliharaan dan pemulihan sumber air secara efektif.

2. Menyelaras pengurusan aset empangan dan struktur-struktur utama JPS bagi memastikan aset kerajaan terpelihara.

3. Membangunkan kepakaran rekabentuk dalam tebatan banjir, sungai, zon pantai dan saliran mesra alam serta projek-projek yang berkaitan dengan sumber air.

4. Meningkatkan perkhidmatan melalui Program Inovasi.

 

 

 

Fungsi

  • Memberi nasihat kepakaran rekabentuk ke atas struktur, geoteknik, hidraulik dan teknologi bahan binaan

  • Menyediakan rekabentuk khusus atau untuk membaiki/ pemulihan struktur-struktur yang bermasalah.

  • Mengendalikan masalah struktur yang tidak berfungsi seperti yang direkabentukan, keruntuhan struktur atau struktur yang berada di dalam keadaan kritikal.

  • Mengkoordinasi pengawasan keselamatan ke atas struktur utama JPS

  • Menyediakan rekabentuk infrastruktur untuk jabatan/agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Kementerian Pertanian  dan Industri Asas Tani (MOA).

  • Membantu untuk memastikan keselamatan empangan JPS dan lain-lain agensi berkaitan.

 

 

Piagam Pelangan

  • Memberi khidmat pakar sokongan sejajar dengan fungsi  bahagian.

  • Memberi respond terhadap masalah atau aduan dalam masa satu (1) minggu.

  • Memberi khidmat rekabentuk dengan kos yang efektif , mudah untuk dibina dan senang untuk dikendali dengan penggunaan teknologi yang terkini.

 

Carta Organisasi

*Klik imej di atas untuk melihat saiz sebenar.

 

myGovernment NRE MSC PEMUDAH PCB 1Malaysia