JPS Logo

Pantai

Perhatian, buka di jendela baru. PDFCetakE-mel

Latar Belakang
Masalah hakisan persisiran pantai yang bertambah teruk di pantai Malaysia telah mengancam kehidupan tempatan manusia dan juga menyebabkan kerosakan terhadap harta dan tanah. Menyedari perkara ini, Kerajaan telah menjalankan Kajian Hakisan Persisiran Pantai pada tahun 1984. Keputusan Kajian ini mencadangkan pelan tindakan dua aras iaitu pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani masalah ini. Untuk menjalankan strategi yang berhasil, kerajaan telah menubuhkan Pusat Teknikal Kejuruteraan Pantai dalam Jabatan Pengairan dan Saliran sejak 1 hb. Januari 1987.


Peranan utama Pusat Teknikal Kejuruteraan Pantai adalah untuk menjalankan kajian kes dan juga menyediakan reka bentuk terperinci untuk kerja-kerja hakisan pantai. Ia juga menyediakan nasihat dan maklumat teknikal kepada Majlis Hakisan Pantai negara bersama-sama dengan langkah-langkah yang diambil sebagai Pusat Maklumat Teknikal untuk sektor awam dan swasta yang terlibat dalam pembangunan zon persisiran pantai. Pada tahun 1990, Pusat Teknikal Kejuruteraan Pantai berada di bawah Bahagian Kejuruteraan Pantai yang kemudiannya ditukar namanya kepada Seksyen Sungai dan Pantai. Dalam proses penstrukturan JPS yang dilaksanakan pada tahun 2005, Bahagian Pantai dan Bahagian Sungai telah digabungkan menjadi Bahagian Sungai dan Pantai. Bahagian baru ini mengandungi Seksyen Sungai dan Seksyen Pantai. Transformasi selanjutnya berlaku pada tahun 2009 apabila bahagian ini telah diberi nama baru iaitu Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Zon Pantai untuk memberi gambaran sebenar mengenai fungsinya. Pada hari ini, semua fungsi berkaitan pesisiran pantai diuruskan oleh Seksyen Pantai.

 

Objektif

  • Menyelesaikan masalah hakisan melalui kerja-kerja perlindungan persisiran pantai.

  • Memulihkan muara sungai bagi tujuan menyediakan laluan navigasi perikanan yang lebih baik.

  • Menyediakan Pelan Pengurusan Garis Pantai Bersepadu untuk seluruh negara menjelang tahun 2020 bagi menjamin pembangunan yang mampan.

 

Fungsi

  • Melaksanakan rancangan hakisan persisiran pantai untuk perlindungan semua kawasan persisiran pantai dalam kategori hakisan kritikal.

  • Melaksanakan kerja-kerja pembaikan kuala sungai yang dikategorikan di bawah keadaan kritikal untuk memudahkan navigasi.

  • Menyediakan perkhidmatan teknikal ke arah pelaksanaan pengurusan zon persisiran pantai. 

 

Piagam Pelanggan 

  • Menyediakan reka bentuk struktur untuk perlindungan hakisan persisiran pantai dalam tempoh 6 bulan selepas semua data yang perlu diperolehi.

  • Memberi ulasan bagi laporan EIA dan pembangunan di kawasan zon persisiran pantai dalam masa 4 minggu yang ditetapkan oleh pelanggan.

  • Memberi maklumbalas  terhadap semua aduan hakisan persisiran pantai dalam tempoh 48 jam.

 

Rational
Masalah hakisan persisiran pantai mengancam nyawa, harta benda dan aktiviti ekonomi. Oleh yang demikian program kawalan hakisan persisiran pantai perlu untuk mengurangkan ancaman-ancaman ini di kawasan yang terlibat.

 

Carta Organisasi


Sila klik untuk melihat imej sebenar
*Klik untuk melihat imej sebenar.

 

myGovernment NRE MSC PEMUDAH PCB 1Malaysia