Bangunan dan Infrastruktur
Kali Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 14 Mac 2011 12:41
Latar Belakang
Bahagian Bangunan dan Infrastruktur adalah merupakan bahagian baru yang dinaiktaraf hasil pengasingan Unit Bangunan dari Bahagian Struktur, Geoteknik dan Empangan (BSGE). Ianya mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2008 setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan bahagian selaras dengan kehendak Y. B. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) agar perlaksanaannya menjadi sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan pembinaan bangunan dan infrastruktur Jabatan atau agensi di bawah NRE dan sekaligus tidak bergantung kepada Jabatan Kerja Raya untuk melaksanakannya.
Bahagian Bangunan dan Infrastruktur bertanggungjawab dalam kerja-kerja perancangan, merekabentuk dan membina projek-projek bangunan serta lain-lain struktur yang berkaitan. Sebagai agen pelaksana dan perunding operasi dan penyelenggaraan melalui empat (4) seksyen iaitu:-
i) Seksyen Bangunan JPS
ii) Seksyen Bangunan Agensi NRE
iii) Seksyen Perancangan dan Pentadbiran
iv) Seksyen Operasi dan Penyelenggaraan
Objektif
-
Memenuhi tanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan bangunand an infrastruktur selaras dengan kehendak Jabatan.
Fungsi
-
Melaksana dan menyelaras kerja-kerja perancangan bangunan termasuk kerja-kerja perlantikan perunding, rekabentuk dan penyediaan dokumen tender oleh perunding.
-
Menumpukan perhatian dalam projek-projek pembinaan dan pengubahsuaian bangunan bagi agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
-
Memberi khidmat sokongan bagi kerja-kerja perancangan dan rekabentuk, penyediaan pelan-pelan arkitek bangunan, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal di samping memberi khidmat sokongan kepada bahagian lain.
-
Menjalankan perancangan terperinci untuk segala perkhidmatan penyelenggaraan dalam bangunan antara lain perlaksanaan kerja-kerja operasi harian rutin.
Piagam Pelanggan
-
Memberi khidmat kejuruteraan awam dan senibina bagi projek-projek bangunan dengan mutu yg terbaik.
-
Memastikan projek disiapkan dalam tempoh yang dipersetujui pelanggan.
-
Mengkaji khidmat kepakaran teknikal tentang bangunan dan memberi maklumbalas serta mengambil tindakan selanjutnya.
-
Menyelenggara kompleks ibu pejabat supaya bangunan sentiasa dalam keadaan baik.
Carta Organisasi
|
|
*Klik untuk melihat imej sebenar.
|

















Hari Ini
Bulan Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari




