Anugerah Kejuruteraan
Kali Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 03 Mei 2012 15:26
ANUGERAH HASSIB J. SABBAGH UNTUK KECEMERLANGAN PEMBINAAN KEJURUTERAAN
JPS telah menerima anugerah tersebut daripada ‘Persekutuan Organisasi Kejuruteraan Sedunia dan Syarikat Kontraktor Bersepadu' (CCC), di Tunisia untuk “Projek Empangan dan kemudahan Pengairan Kecil” di Stesen MARDI, Jelebu, Negeri Sembilan
INSTITUT JURUTERA MALAYSIA
Ketua Pengarah JPS Malaysia telah menerima penganugerahan IEM di atas sumbangannya kepada IEM pada tahun 2002.
PROJEK SMART - ANUGERAH PENCAPAIAN KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN ASEAN 2011
Projek SMART telah dianugerahkan "Asean Outstanding Engineering Performance Achievement Award 2011" sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan projek kejuruteraan yang signifikan terhadap pembangunan negara di "29th Conference of ASEAN Federation of Engineering Organizations (CAFEO 29)" yang telah diadakan pada 27-30 November 2011 di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
PROJEK SMART - ANUGERAH KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN JALANRAYA 2010
Projek SMART telah memenangi "Anugerah Kecemerlangan Kejuruteraan Jalanraya 2010" bersempena dengan Persidangan Ke-8 Majlis Jalanraya Malaysia yang telah diadakan pada 11 Oktober 2010 di Sunway Pyramid Convention Centre. Menteri Kerja Raya, Y. B. Dato' Shaziman bin Abu Mansor telah menyampaikan anugerah tersebut kepada pemilik bersama SMART iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Projek SMART sebelum ini telah dianugerahkan beberapa pengiktirafan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini termasuklah the Best Engineering Achievement Award 2010 daripada IEM, 2008 British Construction Industry Awards daripada BCIA, the British Engineering Construction Excellence Award 2008 daripada ACE, Malaysian Engineering Development Award 2008 daripada ACEM dan the Malaysian Construction Industry Excellence Award 2007 daripada CIDB.
















Hari Ini
Bulan Ini
Semalam
Minggu Ini
Semua Hari




